Nota pertama

Pernah tak sebagai mak-mak, kita terus berputus asa untuk berdiet? Ye, sayalah salah seorang daripada mereka setahun yang lalu.

Sebagai ibu kepada 5 orang anak, saya sedih melihat keadaan diri saya yang semakin membuncit. Diserahkan sahaja kepada takdir bahawa "Aku tidak akan dapat kurus sampai bila-bila..."

Ya, saya menulis pembukaan pertama kepada blog ini, dengan harapan agar mak-mak di Malaysia akan menjadi kurus dan sihat. Kurus itu penting, tetapi sihat itu lebih utama. Dengan perkongsian sedikit sebanyak, saya berharap agar lebih ramai mak-mak sedar tentang kesihatan diri dan percaya bahawa kita masih lagi boleh menjalani gaya hidup lebih sihat.

Comments